Monday, 14 May 2012

Sekali bersin,satu jam ruang tercemar

Biarpun hanya sekali anda bersin, tetapi kesan daripada bersin tadiboleh menyebabkan seluruh kawasan di sekeliling anda tercemar selama satu jam. Para pengkaji menjelaskan partikel bersin atau batuk yang berukuran mikroskopik mampu berterbangan di udara dalam kuantiti yang cukup besar.
Sekali bersin biasanya mengandungi hingga 40 ribu titisan cecair yang mengandungi kuman. Disebabkan itu, apabila bersin berlaku di sebuah ruang pejabat, kaal terbang atau kereta api, boleh mengjangkiti orang lain dalam tempoh satu jam. Ini juga antara alasan mengapa ramai pelancong yang batuk atau selesema apabila pulang dari melancong.
Kajian itu berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji dengan mengumpulkan sampel udara daripada ruang menunggu sebuah klinik kesihatan, dan tiga pesawat penerbangan. Sebahagian daripada sampel tersebut mengandungi titisan kecil yang mengandungi virus selesema.

Sunday, 13 May 2012

Reading in the dark...

... doesn't actually harm your eyes, or weaken your eyesight! However, it is a bit counterproductive as the parts of the eye that generate the clearest, most precise visual images require light in order to function. Eye is very important that human knows more about colour in life.

7 beauty tips which every woman should know...

For me, skin is the largest organ in our body and does more than simply providing a cover for our vital organs. Your skin colour, the presence of infection, inflammation or changes to your skin can tell an onlooker a lot about your health. To achieve radiant and healthy skin here are seven easy steps that can take:

  1. Clean your face thoroughly.
  2. Wash your skin gently.
  3. Moisturize lavishly.
  4. Always use a sunscreen.
  5. Drink plenty of water.
  6. Sleep well.
  7. Smile, Smile, Smile!

Hidup adalah satu perjuangan..

Untuk jadikan diri kita individu yang cemerlang, kita perlu pastikan hidup yang kita lalui hari ini adalah lebih baik berbanding hari yang telah kita tempuh semalam. Lebih baik yang bagaimana?
Adakah lebih baik baik itu bermaksud kita lebih kaya atau lebih berjaya berbanding hari sebelumnya ? Bukan begitu. Lebih baik yang diambil kira ialah kita mampu lebih bersyukur dan lebih redha dengan setiap perkara yang ditakdikan terjadi dalam hidup kita sehari-hari.
Cemerlang rohani- Memang tidak dinafikan kewajipan kita untuk mencipta kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan yang kita lalui kini. Tidak ada seorang pun manusia di dunia ini yang meminta agar dilahirkan ke dunia.
Biar pun begitu, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah manusia yang dikandung dan dilahirkan ke dunia(walau tidak dapat hidup lama) adalah pemenang dalam satu perjuangan.
Kenapa? Realiti hidup kita sememangnya perjuangan. Perjuangan pertahankan hak sendiri, perjuangan laksanakan hak orang lain, perjuangan mencipta bahagia diri dan paling penting, perjuangan menjalankan segala amanah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan; tak kira siapa pun kita kerana kita semua adalah hamba-Nya.
Punyai matlamat pendek- Dalam menetapkan azam atau matlamat pastikan ia adalah objektif yang boleh dicapai dan boleh dicatat pekembangannya. Kalau berazam mahu menjadi isteri yang baik, ia memang azam yang baik tetapi tidak jelas dan sukar dicatat perkembangan dan keputusannya.
Untuk lebih praktikal, pastikan anda mempunyai matlamat jangka pendek yang akan dicapai dalam tempoh kurang dari setahun yang akan datang dan matlamat jangka panjang yang mungkinakan dicapai dalam tempoh 5 atau 10 tahun yang akan datang.
Bukti usaha tetap perlu dilakukan sebab hidup bukan satu perhitungan bagi menentukan siapa yang kalah atau menang. Hidup juga bukan satu perjudian, sekadar menunggu dan menanti apa pula yang akan terjadi. Sebaliknya hidup adalah satu perjuangan. Anda boleh mengalah tapi anda tidak boleh menyerah!

Kebahagiaan

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam institusi keluarga.
Warna kebahagiaan bermula dari rumah...
Remaja merupakan ahli penting dalam institusi keluarga. Kehidupan alam remaja dianggap tempoh yang paling mengasyikkan namun mencabar memandangkan ia adalah era peralihan zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Ketika itulah seseorang akan mencari sesuatu yang boleh dianggap esagai pembentuk identiti sendiri. Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan dan menumpukan perhatian mereka kepada para reaja demi melahirkan generasi muda yang berkualiti. Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung kepada cara kehidupan di alam rumah tangga. Kombinasi yang mantap antara suami isteri dalam mentadbir dan mengurus rumah tangga mengikut syariat Islam, adalah menjadi penentu kejayaan kepada seluruh anggota keluarga.
Remaja perlu sama-sama memainkan peranannya dalam membina dan membentuk keluarga bahagia dan harmoni seperti yang diidamkan. Dengan terbinanya keluarga yang bahagia kita mampu mencorak masyarakat Islam yang cemerlang dan seterusnya ke arah menegakkan daulah Islamiah.
Ikatan suami isteri telah diperkukuhkan lagi oleh Allah SWT dengan perasaan "mawaddah" dan "rahmah" iaitu kasih dan sayang.Firman Allah SWT. Maksudnya: "Dan diantara tanda -tanda Kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan\ untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu  cenderung dan merasakan tenteram kepadanya, dan dijadikan di anrtara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda -tanda bagi kaum yang berfikir." (ar-Rum:21)
Kedamaian dan keharmonian akan membantu tumbesaran dan perkembangan rohani dan jasmani yang baik kepada anak-anak dan seterusnya melahirkan generasi yang berguna kepada agama dan, bangsa dan negara.
Keselesaan tempattinggal merupakan sebahagian faktor kebahagiaan rumah tangga. Ustaz Said Hawa dalam Kitabnya " Qawanin Bait Muslim " telah menggariskan 10 ciri-ciri suasana rumah yang selesa iaitu:

  • menjaga kebersihan dan kesucian rumah.
  • Susunan dan kekemasan dalam rumah
  • Merendahkan suara, menutup rahsia dan tidak hingar-bingar
  • Menyusun aktiviti keilmuan dan keperibadatan.
  • Berkhemat dalam makan minum, pakaian dan kehidupan.

tekanan

Tekanan warna kehidupan...

hhhmmmmmm....
kalau pasal tekanan, memang automatik cakap pasal stress...
bagi saya, tekanan juga warna dalam kehidupan
xsemua tekanan tu ke arah yang negatif ,tetapi juga membawa ke arah yang positif. 
Bagi saya tekanan yang positif tu dapat membawa saye ke arah kejayaan...
hehehehe "Gagal ujian? Putus cinta? Bergaduh dengan rakan? Dimarahi ibu bapa? Terlalu dibebankan dengan kerja-kerja sekolah sehingga tiada masa hendak bersuka ria? Semua keadaan ini merujuk kepada situasi yang sukar dalam fasa kehidupan remaja. Dalam keadaan sebegini, pastinya tiada siapa yang mampu tersenyum. Sebaliknya reaksi yang spontan bagi sesiapa sahaja yang berhadapan keadaan rumit ini, "Aduh! Tensionnya aku!"
sometimes, tekanan nie datang dalam permasalahan kecil, apatah lagi masalah besar ia boleh memberi ketegangan dalam diri.
So, jangan biarkan diri dibelenggu tekanan yang berpanjangan. Bak kata pepatah " nak seribu daya xnak seribu dalih". Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk melepaskan tekann dan mungkin sedikit sebanyak meringankan tekanan yang dihadapi.



  • Gerakkan badan-Jika anda sedang duduk,cubalah berdiri dan lakukan regangan yang lembut semampu yang boleh. Gerakkan tangan, lengan secara berganti-ganti dan angkat bahu. Pasti anda merasa tenang dan aman. Bagi sapa2 yang rse mengantuk dan tertekan, bolehlah join senaman ini.
  •                                                                                   LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>
  1. Rehat seketika- Apabila menyedari diri anda tertekan, hentikan semua kerja yang sedang dilakukan. Katakan dalam hati bahawa anda 'tenang'.
  • Tarik Nafas- Tarik nafas pelahan-lahan dan hembuskan dengan perlahan. Tupukan kepada gerakan yang anda lakukan. Lakukan 2 atau 3 kali.
  • Berjalan- Cara ini amat berguna untuk membantu anda melancarkan pengaliran darah. Bergerak atau berjalan secara teratur dapat membantu membakar fikiran negatif dari hormon tekanan.
  • Fikir Positif- Tentuksn pemikiran yang positif di minda anda.
  • Mendengar Muzik- Mendengar irama yang lembut atau suara-suara alam seperti pukulan ombak,kicauan burung atau bunyi air yang mengalir dapat membantu anda tenang.
  • Beri Pujian- Beri pujian dengan ikhlas kepada orang di sekitar anda. Tidak kiralah, pujian solekan,pakaian atau barang kemas mereka sekalipun. Ia membuatkan anda merasa nyaman, tenang dan memberi kesan positif pada diri anda.
  • Ambil makanan sihat- Jalani diet dengan makanan sihat dan jangan mudah tergoda untuk mengambil makanan secara berlebihan.
  • Ketawa- Menonton filem komedi, membaca komik atau lawak jenaka dan ketawa bersama teman-teman menjadi penawar untuk melegakan tekanan yang dihadapi.
  • Lastly...Teratur- Mulakan kehidupan anda dengan teratur.Buat keutamaan yang perlu anda lakukan supaya dapat mengatasi tekanan dalam satu masa. 



Friday, 4 May 2012

air suam

              Kekurangan air boleh menyebabkan toksik atau bahan buangan di dalam tubuh badan akan terkumpul. Jika hal ini berterusan akan menyebabkan penyakit batu karang.
Air amat penting dalam kehidupan seharian.   


              Kekurangan air juga boleh membantutkan kecerdasan otak dan menjejaskan tumpuan anda. Perbanyakkanlah minum air kosong kerana air kosong dapat membantu mencantikkan kulit, rambut dan kuku dengan memberikan kelembapan yang secukupnya serta mengelakkan dari kekeringan.



1. Menguruskan badan
2. Meningkatkan kesuburan
3. Melancarkan sistem pencernaan
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang    menyebabkan kanser
5. Perawatan kecantikan
6. Tubuh lebih segar dan sihat
7. Menyihatkan jantung
8. Ubat kepada penyakit strok