Sunday, 13 May 2012

Hidup adalah satu perjuangan..

Untuk jadikan diri kita individu yang cemerlang, kita perlu pastikan hidup yang kita lalui hari ini adalah lebih baik berbanding hari yang telah kita tempuh semalam. Lebih baik yang bagaimana?
Adakah lebih baik baik itu bermaksud kita lebih kaya atau lebih berjaya berbanding hari sebelumnya ? Bukan begitu. Lebih baik yang diambil kira ialah kita mampu lebih bersyukur dan lebih redha dengan setiap perkara yang ditakdikan terjadi dalam hidup kita sehari-hari.
Cemerlang rohani- Memang tidak dinafikan kewajipan kita untuk mencipta kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan yang kita lalui kini. Tidak ada seorang pun manusia di dunia ini yang meminta agar dilahirkan ke dunia.
Biar pun begitu, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah manusia yang dikandung dan dilahirkan ke dunia(walau tidak dapat hidup lama) adalah pemenang dalam satu perjuangan.
Kenapa? Realiti hidup kita sememangnya perjuangan. Perjuangan pertahankan hak sendiri, perjuangan laksanakan hak orang lain, perjuangan mencipta bahagia diri dan paling penting, perjuangan menjalankan segala amanah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan; tak kira siapa pun kita kerana kita semua adalah hamba-Nya.
Punyai matlamat pendek- Dalam menetapkan azam atau matlamat pastikan ia adalah objektif yang boleh dicapai dan boleh dicatat pekembangannya. Kalau berazam mahu menjadi isteri yang baik, ia memang azam yang baik tetapi tidak jelas dan sukar dicatat perkembangan dan keputusannya.
Untuk lebih praktikal, pastikan anda mempunyai matlamat jangka pendek yang akan dicapai dalam tempoh kurang dari setahun yang akan datang dan matlamat jangka panjang yang mungkinakan dicapai dalam tempoh 5 atau 10 tahun yang akan datang.
Bukti usaha tetap perlu dilakukan sebab hidup bukan satu perhitungan bagi menentukan siapa yang kalah atau menang. Hidup juga bukan satu perjudian, sekadar menunggu dan menanti apa pula yang akan terjadi. Sebaliknya hidup adalah satu perjuangan. Anda boleh mengalah tapi anda tidak boleh menyerah!

No comments:

Post a Comment