Sunday, 13 May 2012

Kebahagiaan

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam institusi keluarga.
Warna kebahagiaan bermula dari rumah...
Remaja merupakan ahli penting dalam institusi keluarga. Kehidupan alam remaja dianggap tempoh yang paling mengasyikkan namun mencabar memandangkan ia adalah era peralihan zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Ketika itulah seseorang akan mencari sesuatu yang boleh dianggap esagai pembentuk identiti sendiri. Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan dan menumpukan perhatian mereka kepada para reaja demi melahirkan generasi muda yang berkualiti. Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung kepada cara kehidupan di alam rumah tangga. Kombinasi yang mantap antara suami isteri dalam mentadbir dan mengurus rumah tangga mengikut syariat Islam, adalah menjadi penentu kejayaan kepada seluruh anggota keluarga.
Remaja perlu sama-sama memainkan peranannya dalam membina dan membentuk keluarga bahagia dan harmoni seperti yang diidamkan. Dengan terbinanya keluarga yang bahagia kita mampu mencorak masyarakat Islam yang cemerlang dan seterusnya ke arah menegakkan daulah Islamiah.
Ikatan suami isteri telah diperkukuhkan lagi oleh Allah SWT dengan perasaan "mawaddah" dan "rahmah" iaitu kasih dan sayang.Firman Allah SWT. Maksudnya: "Dan diantara tanda -tanda Kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan\ untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu  cenderung dan merasakan tenteram kepadanya, dan dijadikan di anrtara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda -tanda bagi kaum yang berfikir." (ar-Rum:21)
Kedamaian dan keharmonian akan membantu tumbesaran dan perkembangan rohani dan jasmani yang baik kepada anak-anak dan seterusnya melahirkan generasi yang berguna kepada agama dan, bangsa dan negara.
Keselesaan tempattinggal merupakan sebahagian faktor kebahagiaan rumah tangga. Ustaz Said Hawa dalam Kitabnya " Qawanin Bait Muslim " telah menggariskan 10 ciri-ciri suasana rumah yang selesa iaitu:

  • menjaga kebersihan dan kesucian rumah.
  • Susunan dan kekemasan dalam rumah
  • Merendahkan suara, menutup rahsia dan tidak hingar-bingar
  • Menyusun aktiviti keilmuan dan keperibadatan.
  • Berkhemat dalam makan minum, pakaian dan kehidupan.

No comments:

Post a Comment